SELAMAT DATANG KE LAMAN SOSIAL PANITIA P.I SEKOLAH KEBANGSAAN PAGUOKON TENOM

SELAMAT BERCUTI PENGGAL PERTAMA BUAT SEMUA WARGA SK PAGUOKON.

BBM DI KELAS AGAMA

BAHAN BANTU MENGAJAR merangkumi alat, benda, perkakasan dan kelengkapan daripada sumber pendidikan.
Tujuan utama mengadakan bahan bnatu mengajar dalam pengajaran adalah untuk memudahkan dan menjimatkan masa penyampaian isi pengajaran.
Ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan guru dapat menerangkan konsep dengan tepat.

KEPENTINGAN BBM TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Terdapat 10 kepentingan yang utama bahan bantu mengajar seperti berikut:
  1. Bahan bantu mengajar dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan.
  2. Dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar.
  3. Guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas
  4. Penyampaian dan penerangan maklumat dapat dijalankan dengna lebih terperinci.
  5. Dapat menarik dan memusatkan perhatian pelajar.
  6. Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.
  7. Dapat memberi satu pengalaman baru kepada pelajar.
  8. Melahirkan saru interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
  9. Penyebaran BBM boleh meluas kerana penggunaannya tidak terhad dan boleh digunakan oleh semua pelajar.
  10. Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.
 Antara BBM Yang Terdapat Dalam Bilik Agama Sk Paguokon










KEM BESTARI SOLAT FASA 1



KEM BESTARI SOLAT ini merupakan kem solat yang pertama telah diadakan di Sekolah Kebangsaan paguokon untuk sesi 2012. Modul di dalam perlaksanaan Kem Bestari Solat yang pertama adalah mengikut modul yang telah disediakan oleh pihak kementerian. Dalam Kem Bestari Solat  ini, para peserta telah didedahkan dengan teori wuduk, amali wuduk dan teori solat serta amali solat.
Objektif Pelaksanaan:
1)      Murid dapat berwuduk dengan betul dan sempurna.
2)      Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardhu.
3)      Murid dapat malaksanakan perbuatan dan bacaan solat dengan sempurna dan betul.
4)      Murid dapat menunaikan solat secara individu dan jemaah.
Penglibatan Murid dan Guru:
Kem Bestari Solat ini telah melibatkan seramai 51 orang murid dan telah dikendalikan oleh empat orang fasilitator yang terdiri dari seorang Guru Pendidikan Islam dan 3 Guru j-QAF. Para peserta atau murid telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diselia oleh seorang fasilitator.
Aktiviti Kem Bestari Solat:
Murid mula berkumpul di bilik agama tepat jam 7.00 pagi. Walau bagaimanapun terdapat beberapa orang murid yang lewat masuk kerana ibu bapa lewat menghantar ke sekolah. Aktiviti pertama dijalankan ialah bacaan surah-surah pendek. Murid dapat membaca dengan betul dan lancar. Walaubagaimanapun masih ada murid yang tidak dapat membaca surah-surah tersebut.
Seterusnya, guru penyelaras jqaf iaitu Ustaz Asri telah membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Fasilitator kumpulan pertama ialah Ustazah Raihan. Kumpulan ini dianggotai oleh murid tahun 1 dan murid tahun dua. Ustaz Zulfadli pula menjadi fasilitator kumpulan kedua yang dianggotai oleh murid tahun 3 dan murid tahun 4. Manakala Ustaz Raman dan ustaz Asri masing-masing mengendalikan murid tahun 5 dan murid tahun 6.
Pada LDK 1 murid-murid diberikan pendedahan ulang tentang teori wuduk dan niat solat. Di samping itu, murid-murid diberi latihan tentang amalan wuduk dari membaca Basmallah sehingga membaca doa. Murid-murid juga diberikan tugasan berbentuk lembaran kerja yang berkaitan dengan teori wuduk dan niat wuduk. Seterusnya murid-murid melakukan amali wuduk sambil diperhatikan oleh fasilitator masing-masing. Pada masa yang sama fasilitator telah membuat rekod dari amali wuduk yang telah dibuat.
Pada jam 10 pagi, Semua murid  pergi ke kantin  bagi menikmati jamuan makan minum yang telah disediakan. Setelah selesai menikmati jamuan, murid-murid telah diarahkan pergi ke surau untuk mengikuti aktiviti seterusnya.
Murid-murid berkumpul di surau untuk melakukan amali solat secara berjemaah. Para peserta atau murid diberi pendedahan yang sebenar dalam melakukan ibadah solat. Mereka diarah membentuk saf, saf lelaki dihadapan dan saf perempuan di bahagian belakang. Murid-murid mula melakukan amali solat bermula dari berdiri tegak sehingga memberi salam, sambil diperhatikan dan dibantu oleh beberapa fasilitator. Setiap kesalahan murid akan ditegur serta merta oleh fasilitator.
Setelah selesai melakukan amali solat, murid-murid diarah membaca doa dan diikuti dengan bacaan surah Al-Asr. Kemudian mereka bersalaman dengan fasilitator dan rakan-rakan lain sambil berselawat. selepas itu, mereka ke kantin untuk makan tengah hari bersama-sama sebelum balik ke rumah masih-masing.








SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SK PAGUOKON

Tanggal 10 februari, panitia pendidikan islam telah mengadakan SAMBUTAN MAULIDURRASUL peringkat sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan seperti baca surah yasin, selawat keatas nabi, ceramah dan jamuan buah-buahan tempatan. Program Sambutan Maulidur Rasul dapat dijalankan dengan baik. Alhamdulillah dengan program seperti ini dapat membuka minda beberapa orang pelajar untuk lebih tabah dan rajin menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Paguakon sepertimana perjuangan yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Insya Allah.