BBM DI KELAS AGAMA
BAHAN BANTU MENGAJAR merangkumi alat, benda, perkakasan dan kelengkapan daripada sumber pendidikan.
Tujuan utama mengadakan bahan bnatu mengajar dalam pengajaran adalah
untuk memudahkan dan menjimatkan masa penyampaian isi pengajaran.
Ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan guru dapat menerangkan konsep dengan tepat.
KEPENTINGAN BBM TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Terdapat 10 kepentingan yang utama bahan bantu mengajar seperti berikut:
- Bahan bantu mengajar dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan.
- Dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar.
- Guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas
- Penyampaian dan penerangan maklumat dapat dijalankan dengna lebih terperinci.
- Dapat menarik dan memusatkan perhatian pelajar.
- Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.
- Dapat memberi satu pengalaman baru kepada pelajar.
- Melahirkan saru interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
- Penyebaran BBM boleh meluas kerana penggunaannya tidak terhad dan boleh digunakan oleh semua pelajar.
- Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.
Antara BBM Yang Terdapat Dalam Bilik Agama Sk Paguokon
KEM BESTARI SOLAT FASA 1
KEM BESTARI SOLAT ini merupakan kem solat yang pertama telah diadakan di
Sekolah Kebangsaan paguokon untuk sesi 2012. Modul di dalam perlaksanaan Kem
Bestari Solat yang pertama adalah mengikut modul yang telah disediakan oleh
pihak kementerian. Dalam Kem Bestari Solat
ini, para peserta telah didedahkan dengan teori wuduk, amali wuduk dan
teori solat serta amali solat.
Objektif Pelaksanaan:
1)
Murid dapat berwuduk dengan betul dan sempurna.
2)
Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardhu.
3)
Murid dapat malaksanakan perbuatan dan bacaan solat dengan sempurna dan
betul.
4)
Murid dapat menunaikan solat secara individu dan jemaah.
Penglibatan
Murid dan Guru:
Kem Bestari Solat ini telah melibatkan seramai 51 orang murid dan telah
dikendalikan oleh empat orang fasilitator yang terdiri dari seorang Guru
Pendidikan Islam dan 3 Guru j-QAF. Para peserta atau murid telah dibahagikan
kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diselia oleh seorang fasilitator.
Aktiviti Kem Bestari Solat:
Murid mula berkumpul di bilik agama tepat jam 7.00 pagi.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa orang murid yang lewat masuk kerana ibu
bapa lewat menghantar ke sekolah. Aktiviti pertama dijalankan ialah bacaan
surah-surah pendek. Murid dapat membaca dengan betul dan lancar.
Walaubagaimanapun masih ada murid yang tidak dapat membaca surah-surah
tersebut.
Seterusnya, guru penyelaras jqaf iaitu Ustaz Asri telah
membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Fasilitator kumpulan pertama ialah
Ustazah Raihan. Kumpulan ini dianggotai oleh murid tahun 1 dan murid tahun dua.
Ustaz Zulfadli pula menjadi fasilitator kumpulan kedua yang dianggotai oleh
murid tahun 3 dan murid tahun 4. Manakala Ustaz Raman dan ustaz Asri
masing-masing mengendalikan murid tahun 5 dan murid tahun 6.
Pada LDK 1 murid-murid diberikan pendedahan ulang tentang
teori wuduk dan niat solat. Di samping itu, murid-murid diberi latihan tentang
amalan wuduk dari membaca Basmallah sehingga membaca doa. Murid-murid juga
diberikan tugasan berbentuk lembaran kerja yang berkaitan dengan teori wuduk
dan niat wuduk. Seterusnya murid-murid melakukan amali wuduk sambil diperhatikan
oleh fasilitator masing-masing. Pada masa yang sama fasilitator telah membuat
rekod dari amali wuduk yang telah dibuat.
Pada jam 10 pagi, Semua murid pergi ke kantin bagi menikmati jamuan makan minum yang telah
disediakan. Setelah selesai menikmati jamuan, murid-murid telah diarahkan pergi
ke surau untuk mengikuti aktiviti seterusnya.
Murid-murid berkumpul di surau untuk melakukan amali
solat secara berjemaah. Para peserta atau murid diberi pendedahan yang sebenar
dalam melakukan ibadah solat. Mereka diarah membentuk saf, saf lelaki dihadapan
dan saf perempuan di bahagian belakang. Murid-murid mula melakukan amali solat
bermula dari berdiri tegak sehingga memberi salam, sambil diperhatikan dan
dibantu oleh beberapa fasilitator. Setiap kesalahan murid akan ditegur serta
merta oleh fasilitator.
Setelah selesai melakukan amali solat, murid-murid diarah
membaca doa dan diikuti dengan bacaan surah Al-Asr. Kemudian mereka bersalaman
dengan fasilitator dan rakan-rakan lain sambil berselawat. selepas itu, mereka
ke kantin untuk makan tengah hari bersama-sama sebelum balik ke rumah
masih-masing.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SK PAGUOKON
Subscribe to:
Posts (Atom)